Rabu, 12 Februari 2014
KELAB SUKAN KUPANG (KSK) pemangkin atlet muda Malaysia!
Assalamualaikum warahmatullah, sukan bukanlah satu perkara yang baru di seluruh dunia. Dianggarkan hampir 1500 sukan wujud di serata dunia. Jadi untuk menunjukkan daerahku yang tercinta juga mempunyai aktiviti sukan yang gah di persada dunia, maka diriku menulis sedikit tentang kelab sukan yang memang gah di daerah Baling iaitu di pekan Kupang.
KELAB SUKAN KUPANG (KSK)
Antara kelab sukan yang wujud di daerah baling dalam kawasan pekan kupang yang mana ditubuhkan sekitar tahun 1998-1999 dan masih beroperasi hingga kini. Ingatkan semua penduduk kupang tentang KSK maka mereka akan membayangkan Pasukan Bola Sepak KSK yang bersaing kuat di Liga KSK yang sentiasa ada di padang bola sepak keda. Presiden KSK walaupun bersilih ganti tetapi komitmen mereka tetap kuat dalam meneruskan usaha KSK membina generasi atlet muda berbakat. Jadi mereka harus disokong supaya sukan di negara kita akan maju, seperti slogan negara, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan